Wednesday, August 25, 2010

hidup

sedar xsedar dah hampir 21 tahun aku berjalan atas muka bumi ni.td bila aku pergi ambil bubur kanji kat rumah mak jang aku sedar yg cucu mak jang marissa dah mampu bertutur,dia cakap cepat masuk rumah,hari dah malam kena mandi.haha,sangat comel,kemudian aku terpandang Luqman,adikku yg mengekori belakang aku.baru aku sedar yg aku sememangnya sudah tua.masih jelas lagi di benak fikiranku bagaimana aku cukup gembira pertama kali Luqman mengesot,bagaimana Luqman cuba bangun dan berjalan.kemudian ketika aku di masjid aku terpandang cikgu dali,jiranku.dahulunya,beliaulah yang menjadi tukang bang kadangkala imam ketika solat sunat tarakwih di masjid berdekatan rumahku,tapi kini aku lihat dia sembahyang sambil duduk atas kerusibila aku fikirkan semua ini,aku sedar yang usia aku makin meningkat,semakin hari,semakin tua,bukannya semakin muda.dan perkara ini juga membuatkan aku terfikir mengenai kehidupan aku,aku sedar yang aku banyak melakukan kerosakan,bukannya kebaikan.aku menjadi serba salah,mungkin aku patot berubah,bak kata pepatah berubah sebelum diubah tapi pepatah itu hanya sesuai untuk parti politik seperti UMNO,tp bagi aku,mmg patot aku berubah menjadi lebih baik,cuba jangan sia2kan sisa hidup aku lagi,susah tapi itulah hakikat,kita mesti berubah kerana kita tidak tahu adakah ada lg waktu lepas ini untuk kita.masa xkan tunggu kita,setiap saat yang berlalu xakan kembali.macam lagi raihan,demi masa.

No comments:

Post a Comment