Wednesday, June 23, 2010

manusia

pernah x kita dgr pepatah seorang emak akan bermati-matian untuk anak tapi adakah seorang anak akan melakukan perkara yang sama kepada emaknya?ada kan,cuma mungkin pepatah tu berbunyi seperti lain bukan seperti yang aku yang tulis tapi mempunyai maksud yang sama.abaikan,mungkin aku xpatot bercerita di sini kerana mungkin mengaibkan orang2 disekeliling aku terutama yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan aku juga.

3DS

macam xboleh bayang apabila nintendo mengumumkan 3DS.bentuk hampir serupa seperti Ds tapi lebih hebat.bayangkan bermain game 3D tanpa memerlukan cermin mata khas ataupon polaraid.imej kelihtan seperti sedang hidup.wah,sangat hebat,yang membuatkan lagi hebat pembangun permainan seperti EA,lepas tu,metal gear pon akn ada untuk platform 3DS.yang menarik pulak cip pemprosesan ini menggunakan teknologi JEPANG,JEPANGGGG.haha,jadi kepada sony,bye2 playstation portable.hahaha..

Tuesday, June 22, 2010

tiket bus free

kepada rakan2 aku yang nak tiket bus free ke shin kiryu eki.bolehla berbuat demikian di pejabat bawah jikken butsuri,sorry xtau nama.hurm,4sen jugak la.sbb tadi pon aku ambik sbb jiran aku nak sgt.hanya terhad kepada 2nen.dia nak tiket tu sbb selalu ulang alik g eki nak g tokyo.aku bahagi dia separuh aku separuh walaupon aku tahu memang aku xkan pakai pon tiket free tu.jadi kepada rakan2 silalah pergi ambil,free ja pon tp bawak gakusei shou skali

transformers


baru sekejap tadi,aku beli 2 biji transformers dekat amazon,optimus prime dengan megatron.haha,puas hati.selama ni aku memang nak sangat2 tapi selalu pikir duit xda sebab mahal,tp harini aku beli jugak,aku beli yang deluxe class,jap dalam harga 10000yen.duet malaysia dalam 375lebih kot duet uk dalam 100pound.yeay.bangun2 tidor ingat nak beli buzz lightyear tapi pikir2 transformer macam lagi best ja.sbb ada sale kalau tidak 2 bijik tu dekat 17000yen.kalaula orang malaysia tahu aku buang duit macam ni,sah2 aku kena maki.tapi kadang2 hidup ni kena jugak kan beli apa yang kita nak.sebenarnya tu bahagian duit aku nak beli jam,tapi camna boleh gi beli transformers pon aku xtau.hurm,mula nak nyesal tapi pikir2 bila lagi aku nak beli semua ni kan?simpan duit pon bukan boleh bawak mati.lagipon plan aku nak melancong pusing dunia pon macam dah terbantut.jadi baik aku beli benda lain.

Thursday, June 17, 2010

Tindakan Israel tingkatkan risiko berperang di Asia Barat

LONDON 17 Jun - Presiden Syria, Bashar al-Assad menyatakan Israel diperintah 'satu kerajaan yang gila' dan serangannya terhadap flotila yang membawa bekalan bantuan ke Gaza hanya meningkatkan risiko perang di rantau berkenaan.
"Serangan komando Israel terhadap flotila yang membunuh sembilan aktivis Turki pro-Palestin itu memusnahkan sebarang peluang untuk berdamai pada masa depan," kata Assad kepadaBBC dalam satu wawancara yang disiarkan di televisyen hari ini.
Beliau berkata, perkara itu kerana Israel telah membuktikan bahawa kerajaannya adalah satu lagi kerajaan gila dan mana-mana pihak tidak boleh mencapai perdamaian dengan kerajaan sedemikian.
Katanya, walaupun sebelum serangan dilakukan, beliau tidak melihat kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sebagai 'rakan kongsi damai' di rantau itu.
Ditanya sekiranya serangan itu meningkatkan risiko perang di rantau tersebut, Assad berkata: "Sudah tentu. Sebenarnya anda berhadapan dengan bahaya sebelum serangan berlaku pun kerana terdapat bukti yang menunjukkan niat sebenar kerajaan Yahudi itu, tujuan terhadap rakyat Palestin, niat untuk membunuh rakyat Palestin.
"Itu sudah cukup menggambarkan tentang risiko perang di rantau tersebut," katanya
Dalam perkembangan sama, Israel berkata, pihaknya menganggap sebuah pertubuhan amal Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) yang menganjurkan misi bekalan bantuan ke Gaza bulan lalu sebagai satu 'pertubuhan keganasan'.
Menurut televisyen tempatan Israel, IHH kini disenaraikan sebagai satu pertubuhan seperti pergerakan pejuang Hamas Palestin atau kumpulan Hizbullah di Lebanon yang diawasi ketat perkhidmatan risikan Israel.
Seorang pegawai kanan Israel yang enggan dikenali berkata, IHH dikategorikan sebagai pertubuhan keganasan kerana ia menyokong keganasan dan mempunyai hubungan rapat dengan Hamas.

lompat lagi

Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, K. Keshvinder Singh 2hari lepas mengumumkan yang beliau keluar dari DAP dan menyokong BN,kiranya termasuk dia ni,kerajaan BN di perak memiliki kelebihan 4orang wakil rakyat bebas yang menyokong mereka.hurm,bila jadi macam ni,macam2 spekulasi,cakap-cakap yang timbul.kalau dari mulut Kesvinder,beliau menyatakan yang tujuan beliau keluar adalah kerana sudah tidak mempercayai DAP dan kerana DAP banyak berpolitik lebih dari mementingkan rakyat,ya la,man tak nya dah setahun lebih ni pon asyik BUBAR DUN,BUBAR DUN,tu je lah yang wakil rakyat pembangkang tahu buat,kalaula mereka rasa mereka dianiayai,bukankah lebih baik kalau mereka bekerja lebih keras supaya oarang betol2 yakin dengan kemempuan mereka,bukan buang masa buat ceramah tapi tiada tindakan pon yang diambil untuk menunjukkan kepada rakyat yang mereka selayaknya berkuasa.aku rasa cara itu lebih terbaik,lagipon cuma tinggal lebih kurang 2 tahun sahaja sebelum DUN dan PARLIMEN dibubarkan bagi mebolehkan pilihanraya dijalankan,daripada membazirkan wang rakyat buat pilihanraya negeri Prak baik la masing2 bekerja keras,buktikan pada semua yang mereka hebat,mampu berkuasa,mampu melakukan perubahan.bukannya dah lama,2tahun sahaja lagi.tengok,dari sini pon kita boleh lihat,bagaimana PR ini sebenarnya hanya mahu menghabiskan wang rakyat untuk kepentingan politik sempit.

fikirkan

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm

hurm,dasyat kan apa yang orang sanggup buat untuk kuasa,TPM untuk orang cina,terbaik,kadang2 aku terpikir,kalau depan masyarakat cina,janji bagi jadi TPM,depan orang india pon janji benda yang sama jugak.kalula benda tu jd,tak kah negara malaysia tu akan jadi lebih terok?mana hak2 yang telah dijanjikan?hak2 yang telah disepakati?oh,tak mengapa,janji Anwar jadi PM,semua boleh.akhirnya,orang melayu sendiri yang rugi,jap,bukan memang orang melyu sendiri ka yang merosakkan orng melayu?biarlah,malas nak ambil pusing.sokonglah Awar Ibrahim dan aku pasti orang melayu yang memang dah sedia mundur,akan terus mundur,ala,orang melayu memang macam ni,sejarah telah membuktikan bagaimana kerajaan empayar melaka itu jatuh pon kerana orang melayu melaka jugak pada ketika itu.Si Kitol dan Raja Mendeliar yang membelot demi kepentingan diri dan akhirnya empayar Melaka jatuh dan dijajah selama 400tahun lamanya.senario itu tidak ubah seperti sekarang,yang membelot bukan orang lain tapi orang melayu itu sendiri.aku percaya andai pembelot itu mampu mendapat apa yang dihajati bukan mudah bagi kita untuk mendapatkan kembali hak2 yang telah hilang.untuk mendapatkan kemerdekaan itu sudah susah,tapi untuk mengekalkannya itu yang lebih susah.silap strategi,silap permainan,bangsa yang dahulunya dianggap hebat,gagah dan mampu menwan dunia akan terus lenyap dek kesilapan dan kealpaan diri sendiri.sebab itu mantan PM,Tun dr Mahathir pernah berkata melayu mudah lupa dan hakikatnya memang melayu mudah lupa,kita lupa bagaimana kita dijajah,kita lupa bagaimana susahnya nak mendapatkan kemerdekaan,kita lupa bagaimana kita dihina.kerana sebenarnya,manusia tidak pernah belajar dari sejarah.