Thursday, December 30, 2010

original recipe

kalau tengok dekat atas tu,ada gambar2 mengenai penyediaan ayam goreng,gambar ke 3 tu menunjukkan ayam yang dah siap,nampak biasa tapi rasa hampir sama dengan ayam goreng kentucky.mudah sahaja cara penyediaan.tapi,bagi yang nakkan hot n crispy recipe sama sahaja cara buat kecuali ayam perlulah disalut 2 kali lagi lapisan tepung dan roti timah ataupun nama omputihnya bread crumbs.kalau nak resipi di bawah ni ada.sesuai kepada sesiapa yang dah bosan dengan ayam goreng dengan kunyit dan garam dan kepada yang susah nak dapatkan ayam goreng segera halal.

1.cuci ayam sebersihnya.
2.di dalam bekas yang lain,campurkan tepung,garam dan serbuk cili.
3.salutkan ayam yang sudah dibersihkan
4.goreng,ni paling tricky sebab kalau nakkan hasil yang rangup dan cantik perlulah deep fry atau nama melayunya ntah xtau la saya.di atas tidak mengunakan cara deep fry sebab kekurangan minyak.
5.angkat dan makan panas2.

kepada yang nakkan hasil seperti kfc,mudah sahaja,selesai menyalut ayam dengan campuran tepung,pecahkan telur di bekas yang asing,asingkan kuning telur.salut ayam yang telah disalutkan dengan tepung dengan putih telur dan kemudian salutkan ayam tadi dengan roti timah,selepas itu,ulangi proses menyalut ayam dengan putih telur dan salutkan dengan campuran tepung lagi sekali dan goreng.

Monday, December 13, 2010

Saturday, December 11, 2010

wow

tadi aku berkesempatan menaiki kereta senpai aku iaitu euro r.sangat hebat perasaan sbb keta tu sangat best.aku pon ada jugak keinginan hendakkan kereta sebegitu,tapi aku takot sebab aku xda simpanan yang banyak sebab aku xtinggal di asrama,rumah aku pulak mahal.lagipon tahun 2 pon hampir tamat.tapi satu nasihat senpai aku,kalau xmula saving,xhidup susah,xbazir duit,xyahla mimpi nak kereta best2 dan pindahla ke st shoda.(aku sayang rumah aku,hahaxnak pindah)kalau naik,mmg dapat rasa la beza gila ngan kereta bapak aku.haha

Wednesday, November 3, 2010

Kasihku Sinar - Amy Mastura

ingat lagi lagu ni,lagu ceta mya zara.zaman sekolah dulu.best kot

rabu

arini aku cuti,bgn tido td aku dan mono(seorang lagi sahabat aku disini)keluar jalan2 kampong kiryu ni,tetiba dalam perjalanan ternampak van buruk tulis kebab lepastu ada bendera turki.jadi kami pon mengambil kesempatan untuk turun dan meninjau kawasan tempat penjualan kebab tersebut bak kata mono kalau halal boleh makan ni.kat situ jugak ada band pakcik makcik tua nyanyi lagu jesus,apatah,dasyat jugak bahasa penjajah malaya mereka.baru aku sedar yag rupanya mereka menyanyikan lagu gereja.sampai depan van tu,aku pon tanya la hala x kebab ni?abang tu cakap halal,im muslim.pastu dia keluarkan banner yang ada logo halal.jadi kami pon tanpa was-was dan yakin dalam hati terus order ayamkat sebelah tu,sangat nikmat rasa ayam bakar tu,walapon harga 500yen sepinggan sedangkan sepekat 2kg ayam dada tu pon harga 1000yensahaja.dalam hati aku seyes 500yen aku boleh makan kenyang ngan share lg kalau kat uk,haha.ini jepun ok,kalau jual 1000yen sekalipon orang jepon beli.lepas makan ayam bakar kami meneruskan perjalanan menaiki odessey ke yaoko,sebab situ ada baskin robin,dah lama teringin nak makan(buat pengetahuan umum,aku cuma pernah makan baskin robin 2kali sahaja dalam hidup dan tadi merupakan kali ke2)aku tanya mono,ko makan x kat tanah air kita aiskrim baskin robin,jawabnya ringkas,belas2 ringiit,memang ah.haha,sama la jugak seperti aku.lepas tu kami pulang ke rumah dan bersiap-siap untuk pergi bermain bola dengan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama menetap di bumi sakura ini.apabila aku tengok semua yang ada atas padang yang hijau dan cantik ,terlintas dalam hatiku yang mereka semua nampak seperti pemain-pemain manchester united yang sedang menjalani sesi latihan di old trafford.lengkap dengan baju sejuk,sarung tangan dan cap di atas kepala.lepas habis saja sesi main bola kami pon pulang ke rumah masing-masing.